MAN JADDA WA JADA"Don't give up..Iit leads you toward sucess" .. this sentence always become my close friends. In the evening, as usual, I used to spend my time on the sea. Hear the hissing waves are quite melancholy, reminds me of my childhood. I feel like there is nothing that can be proud of in my life. I do not have the opportunity to school as my other friends. Every time they play, they would tell about funny stories in school. There's a story of grief, and there are also a delight as they laughed out loudly together. As i never have any experience about school, I do not understand what the schools is. What I know, school is the place to get many friends. They often ask me, "why do you not go to school? school is very fun ... "My heart felt in sorrow . They do not understand what I am experiencing. let only me facing the obstacle given. Although I do not understand what is patience and perseverance, I never complained about this condition. I just want to share happiness with my friends. Multiple attempts are made by my parents to rehabilitate me. However, only fate can determine my health . My father seems like understand of my desire,therefore he teaches me reading and writing every night. Although he was very strict in teaching, I am very grateful to him because he always want the best for my self. When i watch on television drama that tells the story about teacher, it comes to my mind to become a teacher. But how? Can I? .. Until I was an adult, I longed to be someone who can be very proud of everyone. On one occasion, when I almost recovered, I became more motivated to go to school. With the help of my parent's friend, I was placed in a secondary school at my age of fourteen years old. I counted right look of student dropouts, I was placed with the students level 1. I am very happy and very grateful to God for always listening my request. Despite with my mixed feelings of joy and shame, I fixed my feet going to school - sometimes i heard insinuations of other students that whispered each other that i am silly girl. I am always becomes the teacher's conversation's topic because they really worry about future result that affecting their school performance. ... Ah .. I don't care about is what people have said .. like what people say .. "What i care about?!. I strengthened my resolve to become people who can help others in the future. On the first time of my exam, my teacher asked me to copy totally the answer of my beside friend. All students laughing... because I took a copy during the exam ... Patience .. patience .. I become more stronger holding my ambition. I never give up to meet teachers individually to each of the learning that I do not understand .. Sometimes, I was scolded by the teacher, but I adhere to the principle that pleasure of a teacher will lead to a successful . On the second day of my examination, I try to answer myself every inch of the question. Almost of the questions I failed to answer. What I can do at that moment is just prayed, and threw the dice in the answer choices .. ha .. ha .. I just try my luck. When the results were announced, I am just accept.. i must be the last. When the announced .. I got the number 34 .. I was really surprised .. Is my cassmates were 35? .. I embrace my teacher and asked ..is that the right result? All students got applauded and congratulated for me because I am not the last numbers ... to be continued ... www.allvictorrose.blogspot.com
victorRose
victorRose
Jangan hanya melihat tangga..tetapi cubalah untuk memanjat tangga tersebut..
pages
Friday, January 13, 2012
CERPENKU..KISAHKU..
MAN JADDA WA JADA
“Usaha tangga kejayaan”..pepatah ini sentiasa ku jadikan teman hidupku. Pada waktu petang, seperti biasa aku sering menghabiskan waktu ku di tepi laut. Mendengar desiran ombak yang cukup sayu, mengingatkan aku kepada zaman kanak – kanak ku. Aku berasa seperti tiada apa – apa yang boleh dibanggakan dalam hidup ku. Aku tidak berpeluang untuk belajar seperti rakan – rakan ku yang lain. Setiap kali mereka bermain, pasti mereka akan menceritakan tentang keseronokan di sekolah. Ada kisah duka, dan tidak kurang juga yang menggembirakan sehingga mereka ketawa terbahak – bahak keriangan mendengar cerita antara satu sama lain. Aku tidak mengerti tentang apa itu sekolah. Yang aku tahu, sekolah adalah tempat untuk mendapat ramai teman. Mereka sering bertanya kepada ku, “ kenapa kamu tidak ke sekolah? Seronok tau sekolah…” Hati ku semakin berasa hiba. Mereka tidak mengerti apa yang aku alami. Biarlah segala ujian Tuhan ini aku hadapi. Walaupun aku belum mengerti apa itu kesabaran dan ketabahan, aku tidak pernah merungut dengan keadaan diri ku ini. Cuma apa yang aku inginkan ialah berkongsi kegembiraan bersama rakan –rakan. Pelabagai usaha yang dilakukan oleh kedua orang tua ku untuk memulihkan aku. Namun, hanya takdir yang dapat menentukan kesihatan ku ini. Bapa ku seolah – olah mengerti dengan keinginan ku dengan mengajarku membaca dan menulis pada setiap malam. Walaupun beliau seorang yang sangat tegas ketika mengajarku, aku sangat berterima kasih kepada beliau kerana sentiasa mahukan yang terbaik buat diri ku. Apabila melihat di kaca televisyen drama yang mengisahkan tentang guru, terlintas di fikiranku untuk menjadi seorang guru. Tetapi bagaimana? Mampukah aku?..Sehinggalah aku dewasa, aku teringin sangat menjadi seseorang yang boleh membanggakan semua orang. Pada suatu ketika, ketika aku semaki n pulih, aku menjadi semakin kuat untu ke sekolah. Dengan bantuan rakan orang tua ku, aku di tempatkan di sebuah sekolah menengah ketika umur ku berusia empat belas tahun. Memandang kan aku dikira murid tercicir, aku di tempatkan bersama murid tingkatan 1. Aku sangat gembira dan amat bersyukur kepada Nya kerana sentiasa mendengar permintaanku. Walaupun perasaanku bercampur baur dengan kegembiraan dan malu, aku tetap menggagahi kaki ku melangkah ke sekolah itu.Kadang – kadang terdengar juga sindiran daripada pelajar lain yang berbisik mengatakan aku budak bodoh. Aku sentiasa menjadi bualan guru – guru kerana risaukan keputusan ku kelak menjejaskan prestasi sekolah. …Ah..peduli lah apa orang nak kata..bak kata orang..” Ada aku kisah?!.Aku menguatkan azam ku untuk menjadi orang yang boleh membantu orang lain pada satu masa kelak. Di hari peperiksaan ku yang pertama, guru ku meminta aku meniru jawapan rakan sebelahku. Semua pelajar mentertawakanku kerana aku disuruh meniru ketika peperiksaan…Sabar..sabar..aku semakin kuat memegang azamku. Aku tidak pernah berputus asa berjumpa guru secara individu untuk setiap pembelajaran yang aku tidak fahami.. Ada ketikanya, aku dimarahi guru, namun aku berpegang kepada prinsip bahawa keredhaan guru akan membawa kepada kejayaan. Pada hari peperiksaan ku yang kedua, aku cuba menjawab sendiri setiap inci soalan. Banyak juga solan yang aku gagal untuk menjawab. Apa yang aku mampu buat pada ketika itu hanya lah berdoa’ dan membalingkan dadu pada pilihan jawapan..ha..ha..aku hanya mencuba nasib. Ketika keputusan diumumkan, aku sudah pasrah..mestilah aku yang terakhir..Guru kelas mengumumkan aku mendapat nombor 34..aku berasa hairan..bukankah kelas ku ini murid – muridnya berjumlah 35?..Aku terus memeluk guruku dan bertanya..apakah benar keputusan tersebut? Semua murid bangun menepuk tangan buatku dan mengucapkan tahniah kerana aku bukan nombor terakhir…Bersambung…www.allvictorrose.blogspot.com
Wednesday, November 2, 2011
Friday, October 28, 2011
PREMIUM BEAUTIFUL | PREMIUM BEAUTIFUL: BLATANTLY POWERFUL
Monday, October 24, 2011
Sunday, September 4, 2011
first time experience getting 1000 orders in one day..
Subscribe to:
Posts (Atom)