Jangan hanya melihat tangga..tetapi cubalah untuk memanjat tangga tersebut..

Friday, January 13, 2012

CERPENKU..KISAHKU..

MAN JADDA WA JADA
Usaha tangga kejayaan”..pepatah ini sentiasa ku jadikan teman hidupku. Pada waktu petang, seperti biasa aku sering menghabiskan waktu ku di tepi laut. Mendengar desiran ombak yang cukup sayu, mengingatkan aku kepada zaman kanak – kanak ku. Aku berasa seperti tiada apa – apa yang boleh dibanggakan dalam hidup ku. Aku tidak berpeluang untuk belajar seperti rakan – rakan ku yang lain. Setiap kali mereka bermain, pasti mereka akan menceritakan tentang keseronokan di sekolah. Ada kisah duka, dan tidak kurang juga yang menggembirakan sehingga mereka ketawa terbahak – bahak keriangan mendengar cerita antara satu sama lain. Aku tidak mengerti tentang apa itu sekolah. Yang aku tahu, sekolah adalah tempat untuk mendapat ramai teman. Mereka sering bertanya kepada ku, “ kenapa kamu tidak ke sekolah? Seronok tau sekolah…” Hati ku semakin berasa hiba. Mereka tidak mengerti apa yang aku alami. Biarlah segala ujian Tuhan ini aku hadapi. Walaupun aku belum mengerti apa itu kesabaran dan ketabahan, aku tidak pernah merungut dengan keadaan diri ku ini. Cuma apa yang aku inginkan ialah berkongsi kegembiraan bersama rakan –rakan. Pelabagai usaha yang dilakukan oleh kedua orang tua ku untuk memulihkan aku. Namun, hanya takdir yang dapat menentukan kesihatan ku ini. Bapa ku seolah – olah mengerti dengan keinginan ku dengan mengajarku membaca dan menulis pada setiap malam. Walaupun beliau seorang yang sangat tegas ketika mengajarku, aku sangat berterima kasih kepada beliau kerana sentiasa mahukan yang terbaik buat diri ku. Apabila melihat di kaca televisyen drama yang mengisahkan tentang guru,  terlintas di fikiranku untuk menjadi seorang guru. Tetapi bagaimana? Mampukah aku?..Sehinggalah aku dewasa, aku teringin sangat menjadi seseorang yang boleh membanggakan semua orang. Pada suatu ketika, ketika aku semaki n pulih, aku menjadi semakin kuat untu ke sekolah. Dengan bantuan rakan orang tua ku, aku di tempatkan di sebuah sekolah menengah ketika umur ku berusia empat belas tahun. Memandang kan aku dikira murid tercicir, aku di tempatkan bersama murid tingkatan 1. Aku sangat gembira dan amat bersyukur kepada Nya kerana sentiasa mendengar permintaanku. Walaupun perasaanku bercampur baur dengan kegembiraan dan malu, aku tetap menggagahi kaki ku melangkah ke sekolah itu.Kadang – kadang terdengar juga sindiran daripada pelajar lain yang berbisik mengatakan aku budak bodoh. Aku sentiasa menjadi bualan guru – guru kerana risaukan keputusan ku kelak menjejaskan prestasi sekolah. …Ah..peduli lah apa orang nak kata..bak kata orang..” Ada aku kisah?!.Aku menguatkan azam ku untuk menjadi orang yang boleh membantu orang lain pada satu masa kelak. Di hari peperiksaan ku yang pertama, guru ku meminta aku meniru jawapan rakan sebelahku. Semua pelajar mentertawakanku kerana aku disuruh meniru ketika peperiksaan…Sabar..sabar..aku semakin kuat memegang azamku. Aku tidak pernah berputus asa berjumpa guru secara individu untuk setiap pembelajaran yang aku tidak fahami.. Ada ketikanya, aku dimarahi guru, namun aku berpegang kepada prinsip bahawa keredhaan guru akan membawa kepada kejayaan. Pada hari peperiksaan ku yang kedua, aku cuba menjawab sendiri setiap inci soalan. Banyak juga solan yang aku gagal untuk menjawab. Apa yang aku mampu buat pada ketika itu hanya lah berdoa’ dan membalingkan dadu pada pilihan jawapan..ha..ha..aku hanya mencuba nasib. Ketika keputusan diumumkan, aku sudah pasrah..mestilah aku yang terakhir..Guru kelas mengumumkan aku mendapat nombor 34..aku berasa hairan..bukankah kelas ku ini murid – muridnya berjumlah 35?..Aku terus memeluk guruku dan bertanya..apakah benar keputusan tersebut? Semua murid bangun menepuk tangan buatku dan mengucapkan tahniah kerana aku bukan nombor terakhir…Bersambung…www.allvictorrose.blogspot.com

No comments: